Pages

Monday, July 18

aku ada cerita

Salam cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kena dengan yang hidup ataupon yg telah pergi, korang bole baca cerita nih secara direct atau mengamati cerita nih secara metafora, sambil-sambil tuh bole lar klik ada link2 yg aku sediakan dalam penulisan ak tersebut..cerita nih tidak kena mengena dengan matlamat blog nih..bukan hasrat aku nak meroyan atau memesongkan matlamat blog aku nih..tapi cuma.dot.dot.dot...
"tersebut lar kisah ~ ~...


Seorang pemuda yg telah baligh bernama ALi yang amat suka dengan kerata persona..tapi apakan daya hidupnya miskin bak kata papanya "kais pagi makan pagi, kais belakang aku makan penampor". hatta dengan kefakiran ALi itu, tidaklah dia dapat memiliki kuda batu bekaki empat tersebut. Untuk menambahkan lagi perisa sadis dalam telenovela nih, ALi bukan sahaja miskin bahkan rupanya huduh hinggakan bukan sahaja anak-anak dara malahan mak-mak dara pown tak berselara dengan ALi. Dia menjadi cemuhan oleh masyarakat yg tidak berasa selesa dengan kehuduhan dan kemiskinan ALi. Selalu d'dengari oleh ALi;
"dahla miskin,huduh polak tuh!"
 IshIshIsh..kasihan ALi nih..bengong kepalanya memikirkan apakah salahnya, hingga dia bernasib sedemikian. Lalu berazamlah si ALi nih untuk merobah dirinya supaya dapat merubah persepsi masyarakat sekeliling kepadanya..
Nak d'jadikan ceritera, d'dengari oleh ALi bahawa satu pertandingan menyanyi akan berlangsung d'kampung Durian mereka itu..kenapa kg mereka d'gelar Durian? tidaklah d'ketahui asal-usulnya..d'ceritakan bahawa kerana isu2 semasa cepat benar tersebar d'kampung mereka seumpama haruman durian tersebar ke seluruh isi rumah, maka d'gazet nama Kg. Durian sebagai nama resmi kg mereka..
Berbalik pada isu singing contest itu tadih, berita itu amatlah mengembirakan ALi, d'mana hadiah utama adalah sebuah Proton Pesona 2.0 berserta shampoo kerata berjenama & baucher tint-kereta-anda-yg-bole-lepas-JpJ serta hadiah bonus viper kereta. Jika d'conggak-conggak oleh ALi, hadiah yg bakal d'menangi itu cukup untuk mengubah corak dan pola kehidupan seharian beliau. Bertambah kegembiraan ALi, contest tersebut tidaklah seperti contest-contest nyayian biasa kerana dia hanya perlu menghantar klip rakaman video kepada pihak penganjur.
"kalau begitu bole lar aku pakai costume bila tyme rakam lagu nnt!" ujar ALi dalam hatinya niat untuk menutup rupanya itu.
Maka, bertitik tolak dari peristiwa itu, maka berusahalah ALi untuk memenangi contest tersebut. Berita kesungguhan ALi d'dengari oleh 2 org penduduk Kg. Durian; Kasim & Selamat, dua jagoan merangkap pemuda harapan kampong. Sudah menjadi lumrah penduduk d'situ, apa-apa berita musti d'sebarkan melalui telepon henset, sudah abis kredit, d'topup lagi agar berita dapat tersebar. Melalui skim prabayar prepaid, cara memtopup menjadi lebeh mudah dengan adanya pelbagai kaedah seperti internet banking, guna atm serta sms seperti yg d'gunakan oleh kebanyakan agen2 topup.seperti sistem piramid atau MLM maka berita ttg ALi tuh tersebarlah d'setiap pelosok ceruk Kg. Durian.
Menjadi buah mulut lah perihal kesungguhan ALi untuk menjuarai pertandingan menyanyi. terdengarlah suara-suara sumbing dari kedai-kedai kopi serta belakang-belakang tingkap dapur mengenai perihal tersebut. Ramai yg mencemuh dan ada juga yg menyaport tindakan berani ALi itu..tetapigolongan yg menyaport ALi amatlah minority..kiranya jika sistem pemarkahan itu d'kira melalui undian SMS,maka amat tipislah untuk ALi memjuarai pertandingan tersebut. tetapi yg amat menghairankan tiadalah pulok tindakan-tindakan radikal yg d'guna pakai oleh pihak yg memcemuh untuk menjatuhkan ALi, hanya kedengaran suara2 umpama bayu laut menghelai rambut si awek sahaja kelihatanya.
Nak d'pendekkan cerita..ALi telah memenangi contest itu dengan cemerlangnya kerana d'khabarkan hanya 5 org sahaja perserta yg meng-register untuk Singing Contest of Kg. Durian.
Bila d'tanya apa rahsia kejayaan beliau, beliau menjawab, dia telah berguru dengan 3 pakar motivasi untuk meningkatkan tahap keyakinan beliau, tidaklah beliau menyertai mana-mana kelas vokal sekalipown sebelum merakam video nyayian beliau itu. beliau telah berpegang dengan kata-kata hikmat gurunya itu:
 "nothing great was ever achieved without enthusiasm."
 ~tammat~

habis~~..korang nilai lar sendirik samaada aku telah membuat spam atau sebaliknya..moral of the story...Err...err..bergantung pada pemahaman korang suma..ramai ckp otak aku laen!